Tuesday, July 29, 2008
Suara Komuniti
kita sebagai rakyat yang tinggal di pinggir bandar selalunya ditindas oleh individu serta syarikat-syarikat yang besar. antaranya ialah pengambilan tanah hak adat daripada syarikat dan individu tetapi polisi yang melindungi masyarakat anak negeri Sabah sama sekali tidak digunkan oleh kerajaan atau dengan kata lain mereka hanya membisu sahaja. kami sudah muak dengan cara penyelesaian berkaitan isu tanah di negeri Sabah. masyarakat kampung terpaksa membawa masalah penyelesaian ini di mahkamah kerana kerajaan tidak pernah membantu dalam hal ini malah mereka menyuruh orang kampung bekerjasama dengan syarikat. ini samalah dengan menjual hak dan maruah penduduk kampung yang tinggal di kawasan tersebut andai mereka yang terlibat dibuat begitu, saya yakin mereka juga berperasaan seperti itu. tanah adalah sangat penting kepada masyarakat orang asal di negeri Sabah tetapi masih ramai mereka yang belum mendapat geran tanah kerana permohonan mereka tidak pernah diluluskan semenjak dahulu lagi. tetapi perseolannya bagaimana pula syrikat yang membuat permohonan baru dalam sekelip mata boleh lulus sedangkan orang kampung yangterpaksa menunggu berpulu-puluh tahun namun belum juga berhasil. ini seperti menunggu kucing bertanduk tetapi sampai bila JTU boleh BERTANDUK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment